Chat with us, powered by LiveChat Example

Betapa banyaknya nyawa yg hilang akibat kezaliman


Berita Emas- Seorang lelaki telah meninggalkan anjingnya disisi anaknya yang masih menyusu agar dilindunginya lalu dia keluar daripada rumahnya untuk pergi berburu

Setelah pulang daripada berburu dia mendapati anjingnya menyalak dan berlumuran dgn darah dihadapan rumahnya

Lalu dia menyangka sama seperti sangkaan kita bahawa anjingnya telah memakan anaknya lalu dia mengajukan senapang kearah anjingnya dan menembak sehingga mati

Lalu dia bergegas masuk kedalam rumahnya untuk melihat keadaan anaknya itu tiba² dia melihat seekor serigala yg mati berlumuran darah sedangkan anaknya itu tidak disentuh dan selamat.

Coba kita bayangkan perasaan rasa bersalah yg dialaminya serta diliputi dengan penyesalan sepanjang hidupnya!

Betapa banyaknya nyawa yg hilang akibat kezaliman dan betapa banyaknya prasangka² terbinasa dengan sifat sangka buruk

Betapa banyaknya sesebuah hubungan itu terputus akibat salah paham yg berlaku

Maka!! jangan kamu hanya melihat dengan mata kepala sahaja tetapi lihatlah dgn akal sehatmu

Hendaklah kamu mengetahui perkara yang sebenar terlebih dahulu dan jangan kamu tergesa-gesa dalam menghukum sesuatu perkara hanya dgn pandangan mata

Hendaklah kamu mengetahui perkara yg sebenar dahulu sebelum kamu terjatuh kedalam kesalahan yg membuat kamu menyesal seapanjang hidup kamu... Wahai saudara yang ku cintai dan hormati.